Bismillah..In Sya Allah..post kali ini akan berkongsi sedikit sebanyak tentang alat bantu dalam proses terjemahan.
Kebiasaannya alat bantu yang sering digunakan ialah kamus.
Kamus ialah Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.
JENIS-JENIS KAMUS
1. KAMUS EKABAHASA : Kamus jenis ini menggunakan satu bahasa sahaja.
2. KAMUS DWIBAHASA : Kamus ini menggunakan dua jenis bahasa.
3. KAMUS ANEKA BAHASA / MULTIBAHASA : Sekurang-kurangnya kamus jenis ini menggunakan 3 jenis bahasa.
kamus juga mempunyai pelbagai saiz..ada kamus mini..kamus kecil dan kamus besar...saiz2 kamus ini memainkan peranan dan fungsi yang tersendiri..
Selain itu terdapat juga kamus istimewa @ khusus...misalnya kamus istilah..kamus etimologi...kamus tersaurus..kamus peribahasa..kamus kata nama khas...kamus terjemahan...
mengapa kamus diperlukan sebagai alat bantu terjemahan??
kamus ini boleh membantu para penterjemah mencari padanan yang tidak diketahui...
kesimpulnnya..kamus sangat penting bagi membantu para penterjemah untuk mencari kata padanan yang sesuai yang mana tidak ada@ tidak wujud dalam kotak memori mereka. Oleh itu mereka perlu merujuk kepada kamus..
alat bantu terjemah ini sangat membantu bukan???..kamus ini boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur..lebih-lebih lagi pelajar @ mahasiswa yang ingin menguasai @ mempelajari lebih dari satu bahasa..
mungkin setakat ini dahulu..coretan mengenai alat bantu terjemahan yang mana satu perkara yang penting dalam mendalami ilmu terjemahan..andai terkurang@tersalah dalam coretan kali ini mohon diampuni dan diperbetulkan kalaminya..wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment